Syariah Consultant Center Melaka
Syariah Consultant Center Melaka
Berpengalaman lebih kurang 32 Tahun sebagai Penjawat Awam di Mahkamah Syariah Negeri Melaka dalam bidang Undang-Undang dan Syariah.
Menerima Pentauliahan Mengajar Agama seluruh Negeri Melaka dari Jabatan Mufti Negeri Melaka.
Rahmat Bin Adon merupakan mantan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, dengan pengalaman lebih dari 32 Tahun dalam perkhidmatan awam di bidang
undang-undang dan syariah.
Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Agama Islam Melaka pada 1 Disember 1990.
Setelah berpindah ke Mahkamah Syariah Melaka, telah diberi amanah sebagai Penolong Pendaftar di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah/Jasin,Melaka.
Seterusnya sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, kemudiannya ditauliahkan secara rasmi sebagai Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan akhirnya dilantik sebagai Pendaftar Kanan, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka. Selepas berkhidmat selama lebih kurang 32 tahun, telah memilih untuk menamatkan perkhidmatan di sektor awam secara bersara pilihan pada tanggal 01hb, Oktober, 2023.
Memiliki Diploma Pengajian Syariah dari Universiti Malaya (1997-1999) dan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (2003-2006). Berbekalkan pengalaman dan pendidikan ini, saya kini komited untuk berkongsi kepakaran dan memberi bimbingan konsultasi Syariah kepada masyarakat.
NO. 30-1, Jalan KF 2, Malacca International Trade Centre, 75350 Ayer Keroh, Malacca, Malaysia
Open today | 09:00 am – 05:00 pm |